Salam pertama dari saya.
Syukur ke hadhrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnianya kita masih berupaya untuk bekerja dan
bersemangat untuk mendidik. Kita seharusnya syukur kerana dipilih untuk
untuk menjadi seorang cikgu. Satu profesion yang sememangnya
dianugerahkan terus dengan panggilan keramat "CIKGU". Setiap hari kita
akan dipanggil “cikgu”, oleh murid-murid, ibu bapa, rakan-rakan serta
mereka yang berada di sekitar kita.
Begitulah, dengan kemuliaan
sebagai pendidik, seharusnya kita mempunyai jiwa yang besar. Dengan
tugas berat yang banyak kena kita tanggung, sayugialah kita terus
terusan melaksanakannya dengan penuh redha, tekun, cekal dan tekal.
Bayangkan, berapa orang doktor,
jurutera, angkawasan, usahawan, saintis, tok imam, tok kadhi dan
sebagainya yang akan kita lahirkan sepanjang kita berprofesion sebagai
cikgu. Kalau betul sentuhan kita, moleklah jadinya. Kalau silap ajaran
kita, rumitlah akhirnya.
Selami diri dan jadilah guru yang sentiasa lebih baik pada hari-hari seterusnya.
Cikgu-cikgu SK (FELDA) KERATONG 1
thank you for being my friends.