Selamat Hari Raya buat semua adik-adik. Makan ketupat, ingat-ingatlah cikgu di sini. Di samping bergembira bersama keluarga di hari yang mulia ini, cikgu ada ole-ole untuk di bawa bersama pulang ke kampung. Cikgu harap adik-adik sentiasa bergembira dan ceria.
Soalan Tatabahasa. Klik saya.
Soalan Kefahaman. Klik saya.
Soalan Penulisan. Bahagian A. Klik saya.
Pilih Ayat-Ayat Yang Betul (24/07/2013)
Klik Sini
Pilih Ayat Sama Maksud (15/07/2013)
Klik Sini
***********************************************************
Soalan Kefahaman 1
Sila klik di sini untuk menjawab soalan kefahaman. Sila dapatkan jawapan daripada guru anda.
**********************************************************
Latihan Penulisan. Selasa (02/07/2013)
TULIS LIMA NILAI YANG DAPAT KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN DI BAWAH.PANJANG JAWAPAN KAMU HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA 50 PATAH PERKATAAN. JAWAPAN MESTILAH DALAM SATU PERENGGAN.
Salin petikan di bawah di dalam buku penulisan kamu. Lihat kepada panduan di bawah, kemudian buat nilai-nilai murni dalam satu perenggan.
Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang menyertai lawatan sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.
Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaik-baiknya kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai Batu Feringgi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu Feringgi itu, saya meminta kebenaran daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan rakan akur mendengar nasihat guru.
Selepas bersantai di pantai Batu Feringgi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera, kawan kawan saya membeli barang barang kraftangan. Saya hanya membeli barang barang yang saya fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu , saya harap saudari sudi menerimanya.
Panduan murid-murid untuk membuat nilai murni dalam satu perenggan.
Sila guna kata kunci ini untuk membuat ulasan mencari nilai-nilai murni. (Faham dan hafal ayat di bawah ini..)
1. Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah...
2. Seterusnya, ialah ...
3. Di samping itu, kita mestilah ...
4. Selain itu, kita hendaklah ...
5. Akhir sekali, kita haruslah ...
NILAI | HURAIAN |
Erat persahabatan/berkongsi pengalaman/ingat mengingati | Menceritakan pengalaman menyertai lawatan sekolah |
Menghargai masa | Memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya |
Patriotisme | Menyertai lawatan mengunjungi tempat bersejarah |
Bersyukur/menghargai alam semulajadi/mencintai alam | Kagum dengan keindahan alam semulajadi |
Menghormati guru/berhemah tinggi | Meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu |
Patuh/mematuhi peraturan | Akur atau mendengar nasihat guru |
Berdisplin/mematuhi peraturan | Berbaris sebelum masuk |
Berjimat cermat/berhemah | Membeli barang barang yang perlu sahaja agar tidak membazir |
Patuh/taat/mengingati | Pesanan ibubapa |
Baik hati/pemurah | Membeli cenderamata untuk kawan |
---------------TAMAT-----------------
******************************************************
Selamat Bercuti Pertengahan Tahun (10/06/2013)
Sudah sampai masanya murid-murid akan bercuti selama 2 minggu pada minggu depan. Sudah tentu hati rasa gembira. Apa tidaknya. Banyak masa ada di rumah. Ibu bapa pula semakin risau kerana tiada aktiviti yang boleh memberi kebaikan kepada anaknya. Yang ada cuma permainan komputer, gajet-gajet android, ipod, tablet dan seumpamanya yang semakin menggila sekarang ini. Adakalanya gajet-gajet ini melekakan dan menjadi anti-sosial. Itulah yang menjadi kerisauan ibu bapa.
Jika ibu bapa itu adalah ibu bapa yang peka, sudah tentu masa cuti ini diisi dan diprogramkan dengan aktiviti seperti solat berjemaah, kursus motivasi, bengkel subjek dan kelas-kelas tambahan yang ada ditawarkan oleh organisasi maupun di sekolah.
Oleh yang demikian, untuk meringankan kerisauan ibu bapa, cikgu ada sedikit ole-ole untuk diisi semasa cuti ini. Tumpuan cikgu adalah kelas 4 Azam. Diharapkan semoga dapat memberi manfaat.
Murid-murid adalah dikehendaki sentiasa berkunjung ke laman ini untuk memastikan tugasan telah pun di muat naik sepanjang cuti persekolahan ini.
Tugasan 1
Jawap soalan kefahaman (akan dimuat naik). Buat dalam kertas kosong dan beri jawapan pilihan samada
A, B, C atau C.
Tugasan 2
Salin contoh karangan ke dalam buku penulisan.
KARANGAN
GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas peperiksaan pertengahan tahun, sekolah anda telah
mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu.
Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat
perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa
terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi
tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum
menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman
hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan
perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera
tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk
di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat
pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai
menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar
bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan
melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa
tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan
dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di
sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin.
“Apa yang difikirkan tu?” tanya
Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil
berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju
dengan kata-kataku.
Tugasan 3
Salin petikan dan jawapan bagi petikan untuk nilai-nilai murni. (akan dimuat naik).
Kerja Rumah Semasa Cuti (Hantar Pada 18/02/2013)
Tahun 4 Azam
Download file .pdf, kemudian jawab soalan pemahaman di dalam kertas kosong. Jawapan adik hanya sekadar pilihan jawapan A, B, C atau D.
Contoh: Dalam kertas kosong, 1 A, 2. B, sehingga soalan yang terakhir.
Contoh paparan soalan seperti di bawah.
Download
Tahun 4
Sila bina lima ayat berdasarkan gambar di atas. Klik gambar untuk paparan lebih jelas. |
• Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas.
• Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan,dan suasana.
• Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.
No comments:
Post a Comment