Gambar menarik sana-sini.
Link:
https://drive.google.com/folderview?id=0BzBdMUt8-hvWfmN2ajA1cFpTenRDZC1ueWt3QzhsdUI2bWhWMm1UU3VIZjJrbFFodkpQZnc&usp=sharing
SK (FELDA) KERATONG 1
26900 Bandar Tun Razak, Pahang Darul Makmur
Friday, 24 April 2015
Wednesday, 8 April 2015
Minggu Anti Dadah 2015
Guru-guru boleh muat turun gambar-gambar sempena Minggu Anti Dadah melalui link di bawah. Terima kasih.
Acara Senamrobik
Link :
https://drive.google.com/ folderview?id=0BzBdMUt8- hvWfnFkTU5NMjZmUlI0NE1BRkRZcmR ubG5kenk5RUo0TUdybTNrX1lnaHRXT 2s&usp=sharing
Acara Dewan
Link :
https://drive.google.com/ folderview?id=0BzBdMUt8- hvWfnY2QVNubVZCb3JfZ2dBVTNrZnV UWWlSZDNkeU1lT2pGLW81N000cndZT 0U&usp=sharing
Guru-guru boleh muat turun gambar-gambar sempena Minggu Anti Dadah melalui link di bawah. Terima kasih.
Acara Senamrobik
Link :
https://drive.google.com/
Acara Dewan
Link :
https://drive.google.com/
Thursday, 20 June 2013
Wednesday, 22 May 2013
Tuesday, 19 March 2013
Pelancaran Kad 3 K, 1 3K 1M
Unit Pengawas dan Disiplin sekolah telah melancarkan Kad 3K iaitu Kad Kebenaran Keluar Kelas untuk sesi 2013 semalam. Pelancaran dibuat serentak dengan perhimpunan mingguan pagi kerana pada waktu ini semua guru dan murid berhimpun.
Semasa pelancaran ini, Penyelaras Guru Displin Sekolah, Cikgu Mohd Zamzuri telah memberikan sedikit penerangan dan tunjuk cara tentang peraturan menggunakan Kad 3K.
Tujuan Kad 3K ini dilancarkan ialah untuk membendung masalah ponteng kelas. Selain itu, pergerakan murid-murid dapat dikurangkan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.
"Cuma kali ini ada perbezaan sedikit jika hendak dibandingkan pada tahun-tahun lepas. Murid-murid perlu mendapatkan kad kebenaran daripada guru sahaja untuk keluar kelas. Tidak diletakkan di kelas, kerana khuatir disalahgunakan" , menurut kata Penyelaras Unit Pengawas dan Disiplin sekolah.
Perubahan yang lain, ialah kad ini boleh digunakan satu(1) kad 1 murid atau 1 3K 1Murid, sama seperti 1Sukan 1Murid.
Di akhir pelancaran ini, Guru GPK HEM Puan Aizah binti Yusof telah menerima Kad 3K untuk diagihkan kepada guru-guru.
Diharapkan 3K ini dapat mewujudkan suasana di persekitaran sekolah yang lebih aman, tenang dan lebih tersusun di kalangan guru dan murid-murid.
Semasa pelancaran ini, Penyelaras Guru Displin Sekolah, Cikgu Mohd Zamzuri telah memberikan sedikit penerangan dan tunjuk cara tentang peraturan menggunakan Kad 3K.
Contoh Kad 3K, 1 3K 1M |
Tujuan Kad 3K ini dilancarkan ialah untuk membendung masalah ponteng kelas. Selain itu, pergerakan murid-murid dapat dikurangkan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.
"Cuma kali ini ada perbezaan sedikit jika hendak dibandingkan pada tahun-tahun lepas. Murid-murid perlu mendapatkan kad kebenaran daripada guru sahaja untuk keluar kelas. Tidak diletakkan di kelas, kerana khuatir disalahgunakan" , menurut kata Penyelaras Unit Pengawas dan Disiplin sekolah.
Perubahan yang lain, ialah kad ini boleh digunakan satu(1) kad 1 murid atau 1 3K 1Murid, sama seperti 1Sukan 1Murid.
Di akhir pelancaran ini, Guru GPK HEM Puan Aizah binti Yusof telah menerima Kad 3K untuk diagihkan kepada guru-guru.
Diharapkan 3K ini dapat mewujudkan suasana di persekitaran sekolah yang lebih aman, tenang dan lebih tersusun di kalangan guru dan murid-murid.
Saturday, 9 March 2013
LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 2013
Para ibu bapa bersama anak-anak masing-masing |
Guru besar SK (LKTP) Keratong 1 - Encik Abdul Wahat bin Salleh |
Ceramah oleh Ustaz |
Pengacara majlis - Encik Mohd Aris bin MD Som |
Penyampaian cenderahati kepada ustaz |
Murid-murid tahun 6 2013 |
Ucapan oleh Ketua Jabatan Tahun 6 - Pn. Masitah bt Osman |
Penceramah |
Program
perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 adalah merupakan acara tahunan sekolah. Pada tahun
ini, majlis ini telah diadakan pada 8 Februari 2013 iaitu pada hari Jumaat.
Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka SK (LKTP) Keratong 1. Majlis ini
bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
Program
ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru
dan ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.
Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang
program- program bagi menghadapi peperiksaan yang telah dirangka untuk
sepanjang tahun. Ibu bapa juga diharap lebih fokus dan dapat memberi perhatian
yang lebih terhadap anak-anak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
oleh ibu bapa murid tahun 6 berbanding tahun terdahulu. Di harapkan pencapain
UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun terdahulu.
Program
ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ceramah motivasi
keibubapaan oleh ustaz yang dijemput khas dari Masjid (LKTP) Keratong 1. Majlis
diteruskan dengan pembentangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun oleh Ketua
Jabatan Tahun 6 iaitu Pn. Masitah Binti Osman. Seterusnya, majlis diteruskan
lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Abdul Wahat bin Salleh. Guru
Besar membentangkan pencapaian UPSR bagi tahun lepas dan berharap pencapaian
tahun ini akan lebih baik. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati
kepada murid-murid UPSR 2012 yang mendapat 5A. Majlis diakhiri dengan bacaan
ikrar aku janji murid-murid tahun 6.
Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan warga sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2013.
Program Anak Angkat UMP
SK (F) Keratong 1 julung kalinya mengadakan usaha sama dengan SK (F) Keratong 2 bagi menjayakan Program Kilauan Mutiara kendalian pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 08/03/2013 (Sabtu) dan diakhiri majlis penutupan pada 10/03/2013 hari Ahad.
Sepanjang program ini berlangsung, pelajar-pelajar UMP daripada Kelab In-Smartive telah mengadakan pengisian kepada murid-murid Tahun 6 melibatkan kedua-dua sekolah tersebut. Antara program tersebut ialah ceramah motivasi, bengkel dan aktiviti-aktivi menguji IQ. Pada hari akhir sebelum penutupan, ibu bapa dan murid-murid telah dihidangkan dengan santapan ilmu oleh Prof Madya IR Adnan Bin Zulkepli, Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik.
Ibu bapa juga turut memperolehi manfaat apabila pelajar-pelajar UMP seramai 35 orang dijadikan anak angkat dan tinggal bersama dengan mereka sepanjang program ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)