Saturday, 9 March 2013

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 2013

Para ibu bapa bersama anak-anak masing-masing

Guru besar SK (LKTP) Keratong 1 - Encik Abdul Wahat bin Salleh

Ceramah oleh Ustaz

Pengacara majlis - Encik Mohd Aris bin MD Som

Penyampaian cenderahati kepada ustaz

Murid-murid tahun 6 2013

Ucapan oleh Ketua Jabatan Tahun 6 - Pn. Masitah bt Osman

Penceramah
Program perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 adalah merupakan acara tahunan sekolah. Pada tahun ini, majlis ini telah diadakan pada 8 Februari 2013 iaitu pada hari Jumaat. Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka SK (LKTP) Keratong 1. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program- program bagi menghadapi peperiksaan yang telah dirangka untuk sepanjang tahun. Ibu bapa juga diharap lebih fokus dan dapat memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh ibu bapa murid tahun 6 berbanding tahun terdahulu. Di harapkan pencapain UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun terdahulu.

Program ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ceramah motivasi keibubapaan oleh ustaz yang dijemput khas dari Masjid (LKTP) Keratong 1. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun oleh Ketua Jabatan Tahun 6 iaitu Pn. Masitah Binti Osman. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Abdul Wahat bin Salleh. Guru Besar membentangkan pencapaian UPSR bagi tahun lepas dan berharap pencapaian tahun ini akan lebih baik. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati kepada murid-murid UPSR 2012 yang mendapat 5A. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar aku janji murid-murid tahun 6.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan warga sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2013. 

No comments:

Post a Comment