Tuesday, 19 March 2013

Pelancaran Kad 3 K, 1 3K 1M

Unit Pengawas dan Disiplin sekolah telah melancarkan Kad 3K iaitu Kad Kebenaran Keluar Kelas untuk sesi 2013 semalam. Pelancaran dibuat serentak dengan perhimpunan mingguan pagi kerana pada waktu ini semua guru dan murid berhimpun.

Semasa pelancaran ini, Penyelaras Guru Displin Sekolah, Cikgu Mohd Zamzuri telah memberikan sedikit penerangan dan tunjuk cara tentang peraturan menggunakan Kad 3K.

Contoh Kad 3K, 1 3K 1M


Tujuan Kad 3K ini dilancarkan ialah untuk membendung masalah ponteng kelas. Selain itu, pergerakan murid-murid dapat dikurangkan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

 "Cuma kali ini ada perbezaan sedikit jika hendak dibandingkan pada tahun-tahun lepas. Murid-murid perlu mendapatkan kad kebenaran daripada guru sahaja untuk keluar kelas. Tidak diletakkan di kelas, kerana khuatir disalahgunakan" , menurut kata Penyelaras Unit Pengawas dan Disiplin sekolah.

Perubahan yang lain, ialah kad ini boleh digunakan  satu(1) kad 1 murid atau 1 3K 1Murid, sama seperti 1Sukan 1Murid.
Di akhir pelancaran ini, Guru GPK HEM Puan Aizah binti Yusof telah menerima Kad 3K untuk diagihkan kepada guru-guru.

Diharapkan 3K ini dapat mewujudkan suasana di persekitaran sekolah yang lebih aman, tenang dan lebih tersusun di kalangan guru dan murid-murid.


Saturday, 9 March 2013

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI DAN PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 2013

Para ibu bapa bersama anak-anak masing-masing

Guru besar SK (LKTP) Keratong 1 - Encik Abdul Wahat bin Salleh

Ceramah oleh Ustaz

Pengacara majlis - Encik Mohd Aris bin MD Som

Penyampaian cenderahati kepada ustaz

Murid-murid tahun 6 2013

Ucapan oleh Ketua Jabatan Tahun 6 - Pn. Masitah bt Osman

Penceramah
Program perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 adalah merupakan acara tahunan sekolah. Pada tahun ini, majlis ini telah diadakan pada 8 Februari 2013 iaitu pada hari Jumaat. Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka SK (LKTP) Keratong 1. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6 dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang program- program bagi menghadapi peperiksaan yang telah dirangka untuk sepanjang tahun. Ibu bapa juga diharap lebih fokus dan dapat memberi perhatian yang lebih terhadap anak-anak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh ibu bapa murid tahun 6 berbanding tahun terdahulu. Di harapkan pencapain UPSR bagi tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun terdahulu.

Program ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya ceramah motivasi keibubapaan oleh ustaz yang dijemput khas dari Masjid (LKTP) Keratong 1. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun oleh Ketua Jabatan Tahun 6 iaitu Pn. Masitah Binti Osman. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Abdul Wahat bin Salleh. Guru Besar membentangkan pencapaian UPSR bagi tahun lepas dan berharap pencapaian tahun ini akan lebih baik. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian cenderahati kepada murid-murid UPSR 2012 yang mendapat 5A. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar aku janji murid-murid tahun 6.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan warga sekolah dalam memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2013. 

Program Anak Angkat UMP

SK (F) Keratong 1 julung kalinya mengadakan usaha sama dengan SK (F) Keratong 2 bagi menjayakan Program Kilauan Mutiara kendalian pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 08/03/2013 (Sabtu) dan diakhiri majlis penutupan pada 10/03/2013 hari Ahad.

Sepanjang program ini berlangsung,  pelajar-pelajar UMP daripada Kelab In-Smartive telah mengadakan pengisian kepada murid-murid Tahun 6 melibatkan kedua-dua sekolah tersebut. Antara program tersebut ialah ceramah motivasi, bengkel dan aktiviti-aktivi menguji IQ. Pada hari akhir sebelum penutupan, ibu bapa dan murid-murid telah dihidangkan dengan santapan ilmu oleh Prof Madya IR Adnan Bin Zulkepli, Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik.

Ibu bapa juga turut memperolehi manfaat apabila pelajar-pelajar UMP seramai 35 orang dijadikan anak angkat dan tinggal bersama dengan mereka sepanjang program ini.

Wednesday, 6 March 2013

Tahniah, pasukan takraw sekolah

Pasukan takraw sekolah berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat kelompok kelmarin.

Wednesday, 6 February 2013

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

SKKS telah mengadakan Program Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2013 di dewan terbuka pagi tadi. Perlantikan ini disertai bersama Pengawas PSS, Ketua Unit Kokurikulum, Ketua dan Penolong Ketua Darjah.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas bagi murid-murid yang terpilih memegang jawatan penting dan menganggap lantikan ini adalah satu amanah yang perlu dipikul sebaik-baiknya. Guru Besar sekolah Abd Wahat Bin Salleh telah merasmikan perlantikan ini dan diakhiri dengan pembacaan ikrar oleh ketua pengawas adik Nur Izzaty Madihah. Unit Disiplin dan Pengawas ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada AJK pengelola dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.

Jadual Waktu 2013 Pindaan 2

Jadual Waktu 2013 pindaan 2

Kerapkali terdapat perubahan dalam jadual waktu sekolah. Ini disebabkan terdapat perubahan dalam peredaran dan pertukaran guru-guru. Walau bagaimana pun ini adalah lumrah bagi setiap sekolah. Dibawah ini disertakan link untuk guru-guru melihat dan mencetak jadual mengikut kelas masing-masing.

Cetak : Jadual Waktu 2013 pindaan 2

Ada juga paparan jadual tidak kelihatan, kemungkinan paparan komputer anda tiada file flash terkini. Sila download pautan di bawah untuk mendapatkan flash terkini.

Download Flash Plug-in






Lencana Sekolah Rasmi

Buat warga sekolah,

Berhubung dengan lencana sekolah yang telah menimbulkan sedikit kekeliruan. Disertakan lencana rasmi untuk kegunaan warga sekolah. Guru-guru boleh membuat penilaian melalui lencana sekolah tersebut.

Cara download. Klik pada gambar lencana, kemudian pilih Save Image. Ok.


Gambar Tunggal

Sila bina lima ayat berdasarkan kepada gambar di atas.
• Karangan yang hendak ditulis itu hendaklah berpandukan gambar yang telah disediakan.

• Setiap gambar perlu dipastikan bila , di mana dan waktu supaya penulisan lebih jelas.

 • Perlu meneliti seluruh gambar dengan mendalam . Pastikan apa yang berlaku, apa yang dikerjakan,dan suasana.

 • Sewaktu menulis , pastikan diri terlibat di dalam di dalam gambar, bukan sebagai pencerita dari luar atau dijadikan karangan penerangan.