Semasa pelancaran ini, Penyelaras Guru Displin Sekolah, Cikgu Mohd Zamzuri telah memberikan sedikit penerangan dan tunjuk cara tentang peraturan menggunakan Kad 3K.
Contoh Kad 3K, 1 3K 1M |
Tujuan Kad 3K ini dilancarkan ialah untuk membendung masalah ponteng kelas. Selain itu, pergerakan murid-murid dapat dikurangkan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.
"Cuma kali ini ada perbezaan sedikit jika hendak dibandingkan pada tahun-tahun lepas. Murid-murid perlu mendapatkan kad kebenaran daripada guru sahaja untuk keluar kelas. Tidak diletakkan di kelas, kerana khuatir disalahgunakan" , menurut kata Penyelaras Unit Pengawas dan Disiplin sekolah.
Perubahan yang lain, ialah kad ini boleh digunakan satu(1) kad 1 murid atau 1 3K 1Murid, sama seperti 1Sukan 1Murid.
Di akhir pelancaran ini, Guru GPK HEM Puan Aizah binti Yusof telah menerima Kad 3K untuk diagihkan kepada guru-guru.
Diharapkan 3K ini dapat mewujudkan suasana di persekitaran sekolah yang lebih aman, tenang dan lebih tersusun di kalangan guru dan murid-murid.